Friday, May 2, 2014

Matrix

  1. Sejak munculnya filem The Matrix, engkau pasti pernah menontonnya.
  2. Tapi bila menonton, engkau tiada penjelasan dan terawang-awang.
  3. Sehingga pada tahun 2007, laman forum dan blog dipenuhi dengan pelbagai artikel tentang Matrix.
  4. Tahukah engkau bahawa Matrix itu benar, jika itu yang engkau fikirkan.
  5. Matrix juga menjadi tidak benar, jika itu juga yang engkau fikirkan.
  6. Benarnya atau tidak perihal kewujudan Matrix ini juga sebahagian dari Matrix yang di Matrix kan.
  7. Engkau fikir tentang Matrix, engkau juga di Matrix kan.
  8. Tahukah engkau, selagi boleh berfikir apa itu Matrix dan di dalam manakah Matrix itu berada, kandungan di dalam Matrix, asal-usulnya dll... Juga telah di Matrix kan.
  9. Pendek kata, the sky the limit... Apa yg difikirkan itulah yang ter Matrix.
  10. Mari kita tukar perkataan Matrix menjadi catur.
  11. Selagi anda merasa sedang dicatur lalu ingin keluar dari papan catur, maka engkau masih lagi dicaturkan.
  12. Bukankah perancangan Allah mendahului segala perancangan makhluknya?
  13. Allah adalah pencatur.
  14. Jika engkau tanya aku, sudah cukuplah membicarakan soal Matrix. Sudah penat kerana tidak ada kesudahan.
  15. Masih tidak jelas apa itu matrix yg telah di matrix kan??
  16. Baiklah, sekarang engkau hias rumah sendiri. Hiaslah hingga ke kawasan paling hujung iaitu dinding rumah mu.
  17. Engkau mengetahui semua yang ada dalam rumah termasuk apa yg diletakkan di dinding, lantai dan sebagainya.
  18. Tapi engkau masih tidak tahu apa pula kandungan dalam rumah jiranmu.
  19. Itulah keberadaan Matrix. Ia dibina untuk tempat engkau hidup. Bukan tempat engkau, maka itu bukan Matrix mu.
  20. Cuba kaitkan pula dengan alam akhirat. Adakah engkau rasa akhirat itu di luar dari Matrix engkau sekarang?
  21. Ya? Salah! Akhirat itu masih di alam Matrix. Selagi engkau boleh fikirkan tentang apa sahaja walaupun lain orang tahu hanya wujud 7 langit, tapi engkau diberi 'laduni' (pengetahuan) oleh Allah yang mana langit itu ada 18 kesemuanya (sebagai contoh shj), itu tetap pengetahuan dalam kandungan Matrix dan engkau masih di Matrix kan atau bahasa lainnya, engkau masih lagi dicaturkan untuk melengkapkan perancangan Allah.
  22. Tidak ada siapa tahu perancangan Allah yang sebenar melainkan sesuatu itu telahpun terjadi.
  23. Allah 'Maha Mengetahui' dan engkau pula hanya 'Mengetahui'. Yang engkau 'Mengetahui' itulah segala yang telah di Matrix kan. Yang 'Maha Mengetahui' itu pula itulah segala yang di luar Matrix.
  24. Tapi, tahukah engkau bahawa, jika aku dan engkau sudah tahu wujudnya peranan dan kelebihan si "Maha Mengetahui", itu juga pengetahuan yang diberikan pada aku dan engkau dalam ruang lingkup Matrix ini.
  25. Pendek kata, mengetahui wujudnya "Yang Maha Mengetahui" itu juga Matrix yang di Matrix kan untuk dunia aku dan engkau.
  26. Ayat mudah bagi "Matrix yang di Matrix kan" adalah "Perancangan Allah".
  27. Engkau masih tidak faham tentang Matrix?
  28. Aku bagi lagi contoh.... Sekiranya engkau merupakan pentadbir bagi sistem database yang mengandungi seluruh data rakyat Malaysia, jika engkau mencari seseorang bernama Abu bin Sufian tapi tidak wujud, maka Abu bin Sufian sememangnya tidak wujud di dunia ini dan bolehlah disimpulkan bahawa Abu bin Sufian bukan isi kandungan alam Matrix.
  29. Tapi, jika Abu bin Sufian bukan kandungan alam Matrix, adakah beliau tidak ada kena mengena dengan perancangan dalam alam Matrix?
  30. Salah! Beliau masih ada kena mengena kerana engkau berjaya menyebut, mengingat, memikir dan mencari nama Abu bin Sufian walaupun orangnya tak wujud.
  31. Jika Abu bin Sufian langsung tidak ditakdirkan sebagai kandungan alam Matrix, maka tugasan engkau perlu mencari nama Abu bin Sufian, menyebut, membincang, mengingat, memikir, berjalan ke komputer engkau untuk buat kerja, makan kuaci sambil mencari nama Abu bin Sufian dan pendek kata, semua-semualah aktiviti yang engkau buat yang berkaitan dengan Abu bin Sufian... langsung tidak akan wujud.... kesimpulan mudah... "Tiada daya dan upaya".
  32. Maka, bolehlah kita mengatakan bahawa Rahsia Allah itu cukup besar.
  33. Sekejap! Bukankah tadi aku menyebut 'Rahsia Allah'? Haha... jadi, dapatkan engkau fikir seperti mana yang aku fikirkan sekarang?
  34. Ya, jika masih boleh menyebut 'Rahsia Allah', itu bermakna masih terjebak dalam kandungan dan perancangan yang dijadikan dalam Matrix.
  35. Yang sebenar-benarnya... kosong/blank/null/tiada/tidak ada ... itulah keberadaan dunia di luar Matrix.
  36. Ah sudah, masih boleh disebut kosong/blank/null/tiada/tidak ada.. itu menunjukkan masih lagi di dalam perancangan arkitek Matrix.
  37. Jadi, beginilah... kita tak mahu meleret-leret dan memeningkan lagi, anggap saja yang benar itu 'tidak ada'. Sebab itulah dari awal aku kata... "tidak ada kesudahan dalam membincangkan tentang Matrix".
  38. Adakah engkau mahu mengatakan yang mungkin engkau mendapat ilham, laduni, pengetahuan ghaib dan sebagainya dari alam di luar Matrix? Mari sini aku ketuk kepalamu. Bukankah telah aku terangkan di atas tadi, jika masih boleh membicara, menyebut, memikir dan sebagainya walaupun dari celah ghaib mana sekalipun ilmu yang engkau dapat, dah tu siap boleh cerita pada kawan-kawan ilmu yang engkau dapat.... tetap masih dalam perancangan alam Matrix dan engkau masih kena 'owned' oleh Matrix.
  39. Sudah jelas sekarang apa itu Matrix? Jadi jika selepas ini engkau nampak ada orang yang boleh kupas tentang 'alam luar Matrix', ketuklah dahinya kerana beliau sedang temberang padamu.
  40. Akhir kata.... dunia ini penjara mukmin... Sekian.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails